Selamat Datang ke Laman Blog KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN SRI SAUJANA ZON 6..ANDA BERADA DIKAWASAN KRT DAN SRS!!!

WWW YOUR DOMAIN NAME

PROGRAM RAMAH MESRA DAN PENDAFTARAN AHLI SRS DAN PENDAFTARAN KHAIRAT BERKELOMPOK 2014

PROGRAM RAMAH MESRA DAN PENDAFTARAN AHLI SRS DAN PENDAFTARAN KHAIRAT BERKELOMPOK 2014

Program Berkhatan

Program Berkhatan



Keratan Sinar Harian

Keratan Sinar Harian

Majlis Perasmian JOM RONDA Pkt Daerah Kota Tinggi

Majlis Perasmian JOM RONDA Pkt Daerah Kota Tinggi














Undang-undang Rahsia Rasmi dan Fitnah

AKTA RAHSIA RASMI

Pada amnya, Akta Rahsia Rasmi masih perlu dan revelan. Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang harus diteliti ke arah mengkemaskini Akta ini, seperti yang dinyatakan di bawah ini:

  1. 1. Takrif Kerahsiaan

Pada masa ini takrif rahsia adalah tidak begitu jelas. Oleh yang demikian langkah perlu diambil supaya takrifnya dibuat dengan lebih jelas lagi.

  1. 2. Tempoh Luput Kerahsiaan Automatik

Langkah juga perlu dibuat supaya tempoh luput kerahsiaan sesuatu dokumen atau maklumat harus diwujudkan. Pada masa ini tempoh luput kerahsiaan, misalnya 25 tahun, 50 tahun, 100 tahun, sebagaimana yang diamalkan di setengah-tengah Negara lain, seperti United Kingdom, tidak diamalkan di sini.

  1. 3. Hukuman Penjara Minimum

Pada masa ini Akta ini memperuntukkan hukuman penjara minimum sate tahun jika disabitkan kesalahan. Adalah dicadangkan supaya peruntukan ini disemak semula ke arah menghaouskannya, dan mengembalikan budibicara hukuman kepada hakim bicara.

  1. AKTA FITNAH

Akta ini bertujuan untuk melindungi reputasi seseorang. Bagaimanapun, sebagaimana yang kits dapat lihat beberapa kes yang dibawa ke Mahkamah sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh membantutkan perkembangan kebebasan akhbar di Negara ini. Gantirosak yang dianugerahkan ‘ oleh Mahkamah yang terbesarnya meningkat hingga RM10 juta telah menggalakkan beberapa pihak untuk menuntut gantirosak yang ber umlah berjuta-juta ringgit. Sudah sampai masanya peranan wartawan diberi pengiktirafan sewajarnya. Dalam hal ini Mahkamah juga mempunyai peranan penting. Komen yang dibuat oleh wartawan yang melibatkan seseorang individu harus dilihat dalam konteks tertentu. Pada masa ini pemberat diberi kepada sejauh mana orang itu terkenal: lebih terkenal lebih besarlah anugerah gantirosak yang diperolehinya. Ujian yang harus dipakai ialah ujian public figure.

Jika seseorang itu public figure, mukanya harus lebih tebal. Dia tidak seharusnya mengambil tindakan saman fitnah dengan sewenang-wenang, dan jika dianugerahkan gantirosak, anugerahnya hendaklah nominal saja. Akta fitnah sepatutnya dilihat sebagai memberi perlindungan kepada private citizen, bukan public figure, seperti tokoh korporat atau ahli politik yang sememangnya terdedah kepada publisiti, baik maupun buruk.

IV. PENGHINAAN MAHKAMAH

Wartawan terdedah kepada Penghinaan Mahkamah di luar Mahkamah melalui laporan ataupun komen terhadap sesuatu kes. Walaupun terdapat perlindungan bersyarat dalam melaporkan berita Mahkamah, wartawan tetap terdedah kepada kemungkinan diambil tindakan kerana menghina Mahkamah.

Tidak lama dahulu ada cadangan daripada beberapa pihak untuk mewujudkan Akta Penghinaan Mahkamah, sebagaimana yang ada di United Kingdom dan India. Jika Akta sedemikian diwujudkan adalah disarankan supaya diberi perlindungan yang sewajarnya.

Kesimpulan

Kertas ini telah menghuraikan latarbelakang beberapa undang-undang yang khusus membabitkan akhbar. la juga mengenalpasti beberapa peruntukan di dalam Akta tertentu yang dirasakan harus disemak semula atau dipinda untuk menjadikan is lebih sesuai pads masa sekarang. Kertas ini merasakan undang-undang yang ada tidak perlu

dimansuhkan kerana terdapat unsur-unsur yang masih perlu dan relevan. Bagaimanapun, adalah dicadangkan beberapa peruntukan yang dirasakan tidak relevan lagi haruslah dipinda atau dimansuh.

Daripada perbincangan di atas dapat dilihat bahawa Perlembagaan Persekutuan

A CASE FOR MEDIA FREEDOM : Report of Suhakam’s Workshop on Freedom of the Media

memperuntukkan mengenai kebebasan bersuara dan ini merangkumi kebebasan akhbar. Bagaimanapun, kebebasan bersuara ini adalah tertakluk kepada sekatan dan batasan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan juga undang-undang.

Soalan yang perlu ditanya ialah: Adakah dengan adanya sekatan dan batasan ini, kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di negara ini tidak wujud?

Sebagaimana yang dibincangkan di atas dan kes-kes yang ditunjukkan, kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar secara mutlak sememangnya tidak wujud. Bagaimanapun, adakah kebebasan secara mutlak ini baik untuk negara? Sebagaimana yang dapat dilihat daripada kes-kes yang dikemukakan, tindakan yang diambil terhadap mereka yang melanggar batasan undang-undang ini adalah wajar.

Bayangkan apa akan berlaku jika negara tiada undang-undang berkaitan dengan rahsia rasmi. Sesesiapa saja dengan sewenang-wenang boleh membocorkan rahsia negara tanpa takut. Akan kucar-kacirlah negara jika ini dibenarkan berlaku. Apa yang perlu ialah kawalan terhadap batasan ini, supaya tindakan hanya diambil terhadap mereka yang membocorkan rahsia yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Apa yang wartawan takutkan ialah tindakan mereka untuk mendedahkan rahsia yang berkaitan dengan tindakan rasuah pihak-pihak tertentu boleh disalahertikan.

Begitu juga dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan Kefitnahan.

Sayugia diingat bahawa fitnah adalah sesuatu tindakan terhadap individu dan ini menjejaskan reputasinya. Jika kebebasan bersuara digunakan secara sewenang-wenang, tentulah buruk padahnya. Orang akan merasa terancam kerana mereka mungkin terdedah kepada ancaman fitnah. Bagaimanapun, mereka yang patut mendapatkan perlindungan sebenarnya adalah warganegara biasa dan bukan public figure. Untuk tujuan ini perlindungan yang lebih diberikan kepada akhbar di bawah Akta Fitnah. Perlindungan yang diberikan kepada akhbar di bawah Penghinaan Mahkamah perlu diperkemaskan lagi.

Kesimpulannya, beberapa sekatan yang dikenakan oleh undang-undang adalah wajar walaupun ada pihak tidak menyetujuinya. Pada nada yang sama ada juga peruntukan yang perlu disemak semula. Dalam melaksanakan semua ini apa, yang penting diberi perhatian ialah keselamatan dan kestabilan Negara. Demokrasi tidak bermakna lagi jika Negara ini kacau-bilau dan pemerintahan tidak dapat mengawal keadaan. Apakah kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar bermakna lagi setelah negara negara menjadi kucar-kacir? Adakah hanya pads ketika itu orang akan menghargai keselamatan dan kestabilan negara ini?

Kerajaan di bawah konsep semangat keperlembagaan perlu disekat dan dihadkan kuasanya, begitu juga akhbar. la tidak boleh mempunyai kebebasan mutlak; kebebasan akhbar bermakna kebebasan dalarn ruang lingkup undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan. Dalam anabsis terakhir, Kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat yang memilihnya, kerana kedaulatan terletak kepada rakyat.

No posts.
No posts.

SRS

SRS













Ahli SRS

Ahli SRS

Ahli SRS

Ahli SRS

Ahli SRS

Ahli SRS

Ahli SRS

Ahli SRS

Aktiviti 2011

Bil

Tarikh

Aktiviti

Kos

Sumber/

Kewangan

1

2

3

4

5

6

7

8

10/1/11

15/1/11

25/1/11

28/2/11

29/3/11

26/4/11

31/5/11

28/6/11

03/2/11

27/2/11

03/6/11

Hingga

05/6/11

05/6/11

Perlawanan persahbatan bandminton dengan Belia Felda Ulu Tebrau.

Pertandingan boling antara penduduk KRT Zon 6

Kejohanan Badminton KRT Zon 6

Konvoi berkereta SSIX ke Melaka

Sambutan Mauludurasul

Kursus mengambil bengkong pesilat gayong pusaka Malaysia

Majlis penyampaian pelajar cemerlang anak pendudk KRT Zon 6

RM200.00

RM500.00

RM300.00

RM1000.00

RM2000.00

RM5000.00

500.00

Peserta dan KRT Zon 6

KRT Zon 6

Peserta dan KRT Zon 6

Peserta dan KRT Zon 6

KRT Zon 6

Jabatan perpaduan Negeri Johor

KRT Zon 6

Kertas Kerja Surau As-Syakirin

KERTAS KERJA CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH BANGUNAN SURAU AS-SYAKIRIN, DI TAMAN SRI SAUJANA FASA 6, KOTA TINGGI, JOHOR DI ATAS TAPAK HARTANAH YANG DIKENALI SEBAGAI LOT PTD 14537, TAMAN SRI SAUJANA FASA 6, KOTA TINGGI, JOHOR


*****************************************************************************************


DISEDIAKAN OLEH :
JAWATANKUASA (PENAJA) PEMBINAAN SURAU AS-SYAKIRIN,
TAMAN SRI SAUJANA FASA 6, KOTA TINGGI, JOHOR.


1. OBJEKTIF

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan mengenai usaha bersama penduduk Islam untuk membina sebuah bangunan surau di Taman Sri Saujana Fasa 6, Kota Tinggi, Johor dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas untuk tujuan sebagai tempat solat berjemaah, majlis-majlis kuliah, pembelajaran al-Quran dan fardhu ain, qiamullalail, kenduri, ibadat korban dan sebagainya.

Kertas kerja ini akan menjelaskan betapa pentingnya perlaksanaan projek ini dan seterusnya sokongan daripada semua pihak berhubung dengan usaha pengumpulan dana untuk mencapai tujuan tersebut.

2. LATARBELAKANG

Sejarah Islam menunjukkan bahawa masjid/surau memainkan peranan penting sebagai pusat ibadat, pembangunan dan perkembangan ilmu, pembinaan keperibadian, sahsiah dan peradaban Islam secara menyeluruh dan holistik. Kebanyakan pembinaan masjid atau surau pada masa kini adalah disusunatur berhampiran dengan bangunan-bangunan pentadbiran, pusat-pusat perniagaan dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya supaya ia dapat menjadi focal point atau arah tuju.

Objektif pembinaan Surau As-Syakirin, Taman Sri Saujana Fasa 6 ini adalah untuk kesatuan umat dan penduduk Islam, tempat penjalinan silaturrahim dan sumber rujukan kepada masyarakat setempat. Apabila tertegaknya surau ini, ia akan jelas menunjukkan bahawa telah ada suatu kumpulan masyarakat Islam yang bersatu, berinteraktif dan saling bekerjasama.

Dengan keperluan semasa yang mendesak di kawasan perumahan di Taman Sri Saujan Fasa 6 ini yang mempunyai lebih daripada 1000 buah keluarga Islam, fungsi atau peranan surau As-Syakirin ini perlu diperkembangkan, bukan semata-mata tertumpu

untuk kegiatan ibadat khusus seperti untuk bersolat berjemaah malah ianya diyakini menjangkau lebih daripada itu. Surau As-Syakirin perlu dan akan memainkan peranan yang lebih besar dengan menjadi nadi yang mencorak kehidupan harian masyarakat Islam secara khususnya di taman perumahan ini.

3. PERMASALAHAN

Keperluan kepada satu tempat ibadat dan pusat sehenti bagi masyarakat di taman ini bagi penduduk Islam di Taman Sri Saujana Fasa 6 adalah merujuk kepada permasalahan berikut :

i. Penduduk Islam di taman ini tidak mempunyai sebarang tempat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan secara berkumpulan oleh kerana berjauhan dengan surau yang telah sedia ada. Antara masalah yang timbul apabila pada tahun 2009 sahaja terdapat 3 kematian di taman ini. Akibat daripada insiden tersebut, penduduk Islam di Taman ini terpaksa mendapatkan bantuan serta khidmat dari luar bagi membantu pengurusan jenazah di taman ini. Amat menyedihkan sekali kerana akibat daripada ketiadaan tempat khusus seperti tempat urusan mandi jenazah serta satu pusat sehenti bagi memaklumkan apa-apa perkembangan semasa menjadikan ramai warga taman ini yang tidak mengetahui hal-hal yang berlaku di taman ini;

ii. Dengan ketiadaan tempat yang khusus serta pengisian program dan aktiviti yang baik dan berkesan, masalah perpecahan dalam masyarakat sukar diatasi dan dibendung. Selain itu juga, dengan wujudnya surau di taman ini, penduduk Islam akan dapat saling mengenali di antara satu sama lain dan ini tentu sekali akan mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif kepada penduduk setempat.

iii. Majoriti penduduk Islam di taman ini adalah merupakan golongan umur muda dan pertengahan yang mana kebanyakannya mempunyai akan-anak kecil yang masih bersekolah. Dengan adanya satu tempat ibadah khusus seperti surau, maka anak-anak kecil tadi akan mendapat manfaat secara langsung seperti adanya kelas-kelas pendidikan agama dan Al-Quran serta cadangan untuk mewujudkan perpustakaan sebagai tempat rujukan ilmu. Ini secara langsung akan dapat mengelakkan anak-anak kita daripada terjebak kepada aktiviti-aktiviti lain yang tidak sihat seperti terlibat di dalam gejala-gejala sosial yang amat mengancam generasi muda pada masa kini.

iv. Selain itu juga, keyakinan masyarakat setempat kepada kerajaan juga boleh terjejas jika ketiadaan komitmen serta sokongan padu yang tinggi daripada pihak kerajaan dalam menyokong penduduk setempat demi untuk meningkatkan syiar Islam didalam soal kemudahan beribadah yang selesa.

iv. Masalah semasa yang dihadapi oleh para penduduk Islam di Taman ini adalah ketiadaan tempat beribadah yang khusus dan ini nyata sekali akan menghalang jemaah daripada meningkatkan program dan aktiviti pengimarahan surau.


4. FAEDAH PEMBINAAN SURAU AS-SYAKIRIN

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang disebutkan di atas, cadangan pembinaan Surau As-Syakirin ini adalah di atas beberapa tujuan utama iaitu:

i. Dapat memberikan kemudahan kepada penduduk Islam setempat untuk menunaikan tanggungjawab fardu kifayah.

ii. Dapat mendorong penduduk Islam setempat meningkatkan perpaduan dan persefahaman melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama.

iii. Mencerminkan komitmen kerajaan dan tanggungjawab sosial bagi meningkatkan syiar Islam seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga dasar kerajaan.

iv. Untuk membolehkan penduduk dan para jemaah agar dapat bersembahyang secara berjemaah terutamanya di dalam bulan Ramadhan.

v. Membolehkan pihak AJK membuat perancangan strategi jangka panjang agar program-program ilmu dapat dijalankan dengan teratur, berkesan dan selesa.

Mengikut perancangan, setelah siap kelak bangunan surau baru ini juga akan dilengkapi dengan ruang solat (lelaki dan wanita secara berasingan), ruang bilik untuk tetamu/kelas mengaji, tempat mengangkat wudhu' lelaki dan wanita; pejabat pentadbiran surau dan KRT/SRS penduduk, ruang mesyuarat/perpustakaan dan stor. Cadangan bangunan Surau ini akan dapat memuatkan lebih daripada 150 jemaah pada satu-satu masa.

5. MAKLUMAT ASAS PROJEK

1.Nama Projek:Membina dan Menyiapkan Sebuah
Bangunan Surau As-Syakirin Di Taman Sri Saujana Fasa 6, Kota Tinggi, Johor.
2.Lokasi Projek:Taman Sri Saujan Fasa 6
3.Daerah:Kota Tinggi
4.ADUN:YB Adham Bin Baba (DUN Pasir Raja)
5. Parlimen:YB Halimah Bte Sidiq (Parlimen
Tenggara)
6.Nama/Alamat Pemohon:Jawatankuasa Pembinaan Surau
As-Syakirin.



7.Maklumat Asas Projek
7.1.Kedudukan Kemudahan:Jalan Raya, Bekalan elektrik, air dan Kemudahan telefon.
7.2.Pelan Lokasi:Disertakan.
7.3.Status tapak:Dalam proses di wartakan oleh
Majlis Agama Islam Negeri Johor
7.4.Bilangan jumlah rumah:700 buah rumah bercampur
7.5.Bilangan keluarga Islam:500 buah rumah dengan anggaran
jumlah penduduk islam ialah diantara
1000-2000 orang.
7.6.Anggaran kos:Ringgit Malaysia Empat Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja(RM450,000.00)
7.7.Keluasan bangunan:Disertakan
7.8.Sumber dana:Derma orang ramai dan Dana Kerajaan

Adalah dianggarkan pembinaan bangunan baru yang mempunyai ruang built-up area seluas 3775 kaki persegi ini akan menelan belanja sebanyak RM 450,000-00. Jumlah ini adalah termasuk kos bayaran khidmat juruperunding (arkitek, jurutera dsbnya).

Jangkamasa siap pembinaan bangunan adalah dianggarkan selama tempoh 12 hingga 18 bulan. Dengan memperuntukkan masa 12 bulan untuk menyediakan modal dana kewangan yang mencukupi untuk kos pembinaan, surau ini dijangka akan dapat digunakan sebelum bulan Ramadhan tahun 2011.
6. RUMUSAN

Dari laporan yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat utama pembinaan surau As-Syakirin adalah untuk meluaskan kepelbagaian fungsinya sebagai nadi kehidupan harian masyarakat Islam di taman perumahan ini.


Dengan terbinanya bangunan ini, adalah menjadi harapan yang besar kepada keseluruhan penduduk-penduduk Islam taman ini, agar kegiatan keagamaan termasuk pendidikan anak-anak akan dapat berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan.

Masalah seperti ketiadaan tempat khusus bagi urusan keagamaan serta bagi urusan pengurusan jenazah menjadikan penubuhan ini sebagai satu keperluan yang mendesak kepada penduduk di taman ini.

Hasil daripada usaha murni secara bersepakat oleh penduduk Islam di taman ini, adalah diyakini manfaatnya akan dapat dikecapi oleh semua pihak, samada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan akhirat, Insya Allah.

Wassalam.

Bertarikh pada 13hb. Julai 2010.



Disediakan oleh: Setiausaha
Jawatankuasa (Penaja),
Pembinaan Surau As-Syakirin, Taman Sri Saujana,
Kota Tinggi, Johor.

Permohonan Wakaf Tapak Surau

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :JKPSAS/Fasa6/2010(01)
Tarikh : 13hb Julai 2010

Kepada:
Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi,
Tingkat 3, Bangunan Sultan Iskandar,
81900 Kota Tinggi, Johor.

Tuan,

MEMOHON UNTUK MEWAKAFKAN TANAH REZAB GLOMIC SUTERA BERHAD(NO PTD 14537) UNTUK DIJADIKAN TAPAK SURAU DI FASA 6 TAMAN SRI SAUJANA

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2 Kami mewakili penduduk Fasa 5, Fasa 6 dan Fasa 7, Taman Sri Saujana MEMOHON UNTUK MEWAKAFKAN TANAH REZAB GLOMIC SUTERA BERHAD(NO PTD 14537) UNTUK DIJADIKAN TAPAK SURAU DI FASA 6 TAMAN SRI SAUJANA.

3 Sehubungan dengan itu pihak kami telah mengadakan mesyuarat perlantikan Jawatankuasa Pembinaan Surau Baru, yang mana dalam mesyuarat tersebut dengan sebulat suara untuk membina surau baru bagi tujuan kemasyarakatan dan pelaksanan aktiviti setempat.

4 Oleh yang demikian kami berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama untuk menjayakan usaha kami, kerjasama yang diberikan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,


...............................................
(Mohd Nizam Bin Mohd Ajis)
Setiausaha
Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Syakirin
Taman Sri Saujana Fasa 6.

s.k : Pengerusi JK Pembinaan Surau As-Syakirin
Glomic Sutera Berhad
Simpanan Fail

Skim Rondaan Sukarela(SRS)

Proses Permohonan Dan Kelulusan Skim Rondaan Sukarela

1. PERMOHONAN DARIPADA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN( PERONDA DI KAWASAN/SEKTOR RUKUN TETANGGA )

a) Sekurang-kurangnya 20 orang Pemastautin Sukarelawan yang berumur 18 tahun dan ke atas, hendaklah mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Kawasan/Sektor Rukun Tetangga untuk mengadakan Skim Rondaan Sukarela.
b) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Enam, Bahagian A dan melengkapkan semua maklumat yang dikehendaki.

2. TINDAKAN OLEH JAWATANKUASA KAWASAN/SEKTOR RUKUN TETANGGA

a) Menerima dan menyemak butir-butir yang terkandung di dalam Borang Enam, Bahagian A yang dikemukakan oleh Pemastautin Sukarelawan.
b) Memastikan syarat-syarat seperti bilangan minimum Pemastautin Sukarelawan dan umur mereka seperti yang ditetapkan.
c) Memastikan semua Pemastautin Sukarelawan telah menandatangani Borang Enam.
d) Menyemak pelan lakar kawasan rondaan yang dicadangkan.
e) Mengisi Borang Enam, Bahagian B jika bersetuju dengan cadangan untuk menjalankan rondaan sukarela dan mengemukakan Borang Enam kepada Pengarah Perpaduan Negeri/Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian (PPN/PPD/PPB).
f) Mengisi Borang Enam, Bahagian C jika tidak bersetuju dengan cadangan untuk menjalankan rondaan sukarela dan mengemukakan Borang Enam kepada PPN/PPD/PPB.

3. TINDAKAN OLEH PPN/PPD/PPB

a) Menyemak borang permohonan.
b) Meneliti butir-butir Pemastautin Sukarelawan seperti yang terkandung di dalam Borang Enam, Bahagian A.
c) Memanggil Pengerusi Jawatankuasa Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan atau mana-mana Pemastautin Sukarelawan untuk mendapatkan maklumat–maklumat atau butir-butir lain yang dikehendaki berhubung dengan permohonan itu.
d) Mengesahkan sempadan kawasan rondaan.
e) Membuat perakuan dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah Rukun Tetangga melalui PPN untuk pertimbangan dan kelulusan.

4. TINDAKAN KETUA PENGARAH RUKUN TETANGGA

a) Mencadangkan apa-apa ubahsuaian yang difikirkan wajar kepada skim yang dipohon.
b) Meluluskan permohonan Skim Rondaan Sukarela.
Panduan Pengendalian Skim Rondaan Sukarela Di Bawah Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975)
1. PENDAHULUAN
1.1. Skim Rondaan Sukarela adalah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975), Pindaan 1988.
1.2. Skim ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertindak sebagai Jawatankuasa Skim, manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak kurang dari 20 pemastautin sukarelawan yang memohon untuk melaksanakan rondaan di sebahagian atau di seluruh kawasan Rukun Tetangga.
1.3. Skim Rondaan Sukarela dijangka menjadi tulang belakang bagi program serta aktiviti Rukun Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian dan gejala sosial negatif di samping dapat merapatkan hubungan Rukun Tetangga dengan penduduk setempat.
2. TAFSIRAN
2.1. Skim Rondaan Sukarela bermaksud satu skim yang dipohon sendiri oleh pemastautin dan apabila diluluskan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Skim dengan kerjasama Pemastautin Sukarelawan dalam sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
2.2. Jawatankuasa Skim bermaksud Jawatankuasa Kawasan/Sektor yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
2.3. Ahli Jawatankuasa Skim bermaksud Ahli Jawatankuasa Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
2.4. Pemastautin Sukarelawan bermaksud seseorang yang telah membuat permohonan melalui Borang Enam dan Tujuh untuk menyertai Skim tersebut.
2.5. Peralatan Rondaan bermaksud peralatan bagi menjalankan Skim Rondaan Sukarela adalah seperti vest, wisel, cota, lampu picit, baju hujan dan lain-lain yang dibekalkanoleh Jawatankuasa Skim.
2.6. Pengarah bermaksud seseorang yang telah diwartakan sebagai Pengarah Rukun Tetangga di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (RT) 1975.
3. PUSAT RONDAAN
3.1. Setiap Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela perlu mempunyai sebuah pusat rondaan sebagai pusat operasi.
3.2. Pusat rondaan boleh diadakan di pusat atau di bangunan Rukun Tetangga, Balai raya, dewan orang ramai, pos kawalan, di rumah ahli Jawatankuasa Skim atau di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai yang dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga.
3.3. Alat-alat yang perlu ada di pusat rondaan adalah: Buku Rekod Kedatangan, Daftar Pemastautin Sukarelawan, Buku Rekod Rondaan, Kotak Pertolongan Cemas dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Skim atau Pengarah Rukun Tetangga.

4. TUJUAN RONDAAN

4.1. Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif di dalam kawasan rondaan.
4.2. Membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negatif.
4.3. Membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah dan menyerahkan penjenayah tersebut kepada pihak polis dangan kadar segera.
4.4. Membantu menguatkuasa undang-undang jika diminta berbuat demikian oleh Pengarah Rukun Tetangga dan lain-lain agensi penguatkuasa seperti polis.
4.5. Memberi perlindungan ke atas nyawa dan harta benda pemastautin.
4.6. Membantu melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Skim dari semasa ke semasa.

5. TUGASAN RONDAAN

5.1. Tugas rondaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu rondaan berjalan kaki dan rondaan berkenderaan.
5.2. Rondaan berjalan kaki tidak kurang dari 3 orang Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan tidak melebihi 2 kilometer.
5.3. Manakala rondaan berkenderaan tidak kurang dari 3 orang anggota Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan yang lebih luas.
5.4. Rondaan berkenderaan boleh dilaksanaan samada dengan menggunakan kereta, motosikal atau basikal.
5.5. Setiap Pemastautin Sukarelawan adalah bertanggungjawab bagi mendapatkan tarikh, masa dan kawasan rondaan daripada Jawatankuasa Skim.

6. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SKIM

6.1. Menyediakan Daftar Pemastautin Sukarelawan yang mengandungi butir-butir peribadi Pemastautin Sukarelawan.
6.2. Menyediakan Roster Rondaan Pemastautin Sukarelawan.
6.3. Memaklumkan kepada semua Pemastautin Sukarelawan kandungan Roster Rondaan dan membekalkan satu salinan kepada Pengarah Rukun Tetangga dan pihak polis.
6.4. Mempamerkan Roster Rondaan di Pusat Rondaan.
6.5. Memilih seorang Pemastautin Sukarelawan sebagai Ketua Kumpulan Rondaan bagi setiap syif.
6.6. Menyusun rondaan sukarela.
6.7. Mendapatkan Surat/Kad Pengenalan Diri Pemastautin Sukarelawan yang telah ditandatangani Pengarah Rukun Tetangga.
6.8. Menyediakan peralatan rondaan yang diperlukan.
6.9. Mendapatkan sumber kewangan dan menjelaskan segala perbelanjaan berkaitan dengan rondaan sukarela.
6.10. Memberi maklumat yang dikehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan pihak Polis dari masa ke semasa berhubung dengan pengendalian Skim Rondaan Sukarela.
6.11. Menyedia dan mengemukakan Laporan Bulanan Rondaan kepada Pengarah Rukun Tetangga.

7. TAKLIMAT SEBELUM MEMULAKAN RONDAAN

7.1. Ketua Kumpulan Rondaan hendaklah membuat persediaan pada tiap kali sebelum memulakan rondaan.
7.2. Takliamt sebelum memulakan rondaan hendaklah di sampaikan oleh Ketua Kumpulan Rondaan, Jawatankausa Skim atau Ahli Jawatankuasa Skim.
7.3. Anggota Pemastautin Sukarelawan hendaklah dibaris 15 minit sebelum keluar membuat rondaan dengan tujuan memastikan:
7.3.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan hadir.
7.3.2. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan yang bertugas dibekalkan dengan peralatan rondaan.
7.3.3. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan menandatangani Buku Rekod Kedatangan.
7.4. Memberi taklimat mengenai arahan-arahan seperti berikut:
7.4.1. Laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.
7.4.2. Cara-cara menjalankan rondaan.
7.4.3. Perhubungan dengan orang ramai.
7.4.4. Perhubungan dengan polis dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
7.4.5. Arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.
7.4.6. Memberitahu tempat-tempat yang perlu diambil perhatian untuk keselamatan diri.
7.4.7. Memberitahu kejadian-kejadian yang telah berlaku berdasarkan maklumat orang ramai dan rondaan terdahulu dari ini.
7.5. Menyuraikan baris Pemastautin Sukarelawan selepas taklimat.
7.6. Memberi arahan agar rondaan dimulakan mengikut laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.

8. CARA MENJALANKAN RONDAAN

8.1. Berjalan ditepi jalan dalam jarak yang selamat dari kenderaan dihadapan dan kenderaan di belakang dan jika berkenderaan, kenderaan mesti dipandu perlahan dalam jarak yang selamat dari pengguna jalan raya yang lain.
8.2. Sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan serta laluan dan kawasan rondaan.
8.3. Jika rondaan dibuat pada waktu malam hari, elakkan dari membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.
8.4. Hendaklah menghubungi Pusat Rondaan bagi membuat laporan mengenai keadaan semasa dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan segera Pusat Rondaan.

9. TANGGUNGJAWAB KETUA KUMPULAN RONDAAN

9.1. Mengetahui ahli-ahli kumpulan rondaan dalam syif yang telah ditetapkan.
9.2. Memberi taklimat mengenai arah rondaan, peraturan-peraturan/larangan serta tindakan yang perlu di ambil semasa rondaan dan sebelum rondaan.
9.3. Mempastikan semua ahli syif menurunkan tandatangan dalam Buku Rekod Kedatangan.
9.4. Mempastikan semua ahli syif membawa peralatan yang ditentukan semasa rondaan.
9.5. Bertanggungjawab mengumpul semua peralatan yang digunakan selepas selesai rondaan dan menyimpan dalam stor/tempat yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.
9.6. Mengawasi supaya ahli-ahli mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Skim.
9.7. Membuat laporan dalam buku catatan Rondaan sesudah selesai menjalankan rondaan mengikut syif yang telah ditetapkan.

10. TANGGUNGJAWAB PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN

10.1. Sentiasa bersedia untuk mematuhi segala arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim, Ahli Jawatankuasa Skim dan Ketua Kumpulan Rondaan.
10.2. Sentiasa membawa Surat/Kad Pengenalan Diri dan menggunakan alat-alat yang ditentukan oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.
10.3. Sentiasa menjaga disiplin serta berkelakuan penuh tertib dan sopan semasa menjalankan Skim Rondaan Sukarela.
10.4. Sentiasa memakai ‘uniform’ yang telah diluluskan serta dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga semasa rondaan.
10.5. Seseorang Pemastautin Sukarelawan hendaklah pada sepanjang masa dan ketika:
a. Tidak mengingkari arahan Ketua Kumpulan Rondaan
b. Tidak menggunakan bahasa lucah dan memalukan, serta memaki hamun pada masa bertugas;
c. Tidur atau berjudi;
d. Tidak memberi maklumat palsu;
e. Tidak hadir bertugas tanpa sebab;
f. Tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa dadah pada masa bertugas;
g. Tidak secara cual atau tanpa sebab-sebab yang berpatutan menyebabkan terlepasnya tembakan sesuatu senjata api pada masa bertugas; dan
h. Tidak bertindak dengan apa-apa cara yang tidak dinyatakan di atas yang boleh memudaratkan kebajikan sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga.

11. KUASA MATA-MATA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN

11.1. Seseorang Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah disifatkan sebagai seorang pegawai polis berpangkat mata-mata dan mempunyai segala kewajipan, segala kuasa dan segala imuniti seorang pegawai polis berpangkat mata-mata.
11.2. Walau bagaimanapun, kuasa mata-mata Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah tertakluk kepada apa-apa atahan, syarat, sekatan atau batasan yang boleh dinyatakan semasa secara lisan atau bertulis oleh seorang Pengarah, Jawatankuasa Skim atau ahli Jawatankuasa Skim.

12. TAKLIMAT SELEPAS TAMAT RONDAAN

12.1. Ambil baris anggota Pemastautin Sukarelawan yang habis tugas di luar pusat rondaan.
12.2. Ketua Kumpulan Rondaan perlu menentukan:
12.2.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan baik dari tugas rondaan.
12.2.2. Arahan mengembalikan peralatan rondaan.
12.2.3. Memberi taklimat mengenai hasil daripada rondaan yang telah dilaksanakan.
12.2.4. Menyurai baris tugas.
12.2.5. Membuat catatan serta laporan rondaan di dalam Buku Rekod Rondaan.

13. MENJAWAB PANGGILAN TELEFON

13.1. Hendaklah menjawab telefon dengan tertib dan sopan santun sebagai mana kehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatan Skim.
13.2. Mendengar dengan teliti dan mencatat apa-apa aduan, berita atau makluman yang hendak disampaikan oleh mereka yang membuat panggilan.
13.3. Memaklumkan dengan kadar segera apa-apaa aduan, berita atau makluman kepada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim atau pihak polis; jika ianya memerlukan tindakan segera dan serta merta.

14. PERSIAPAN MENYERAH TUGAS PENYELIAAN DI PUSAT RONDAAN

14.1. Ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang ditugaskan di Pusat Rondaan dikehendaki membuat catatan satu senarai untuk serah menyerah tugas bagi menyenangkan untuk meneliti dan mempastikan semua perkara dalam keadaan lengkap.
14.2. Sebelum menerima tugas, ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang akan mengambil alih tugas menyelia Pusat Rondaan, mempastikan semua borang dan peralatan yang adalah lengkap dan sempurna.
14.3. Memberi taklimat dan arahan tugas kepada yang menerima tugas menyelia Pusat Rondaan.
14.4. Memberitahu jika ada aduan atau kes-kes terbaru yang diterima.
14.5. Memberi penerangan mengenai tahunan atau tangkapan samada masih dalam tahunan atau telah diserah kepada pihak polis.
14.6. Bersurai setelah diambil alih oleh ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang baru masuk bertugas.

15. LAIN-LAIN TUGAS DI PUSAT RONDAAN

15.1. Membantu orang ramai menunjukkan tempat yang ingin mereka pergi, contoh seperti ke rumah saudara mara dan sebagainya.
15.2. Menjadi mediator dalam sebarang pertelingkahan orang ramai jika diminta berbuat demikian.
15.3. Menghubungi Balai Polis berhampiran bagi mendapatkan maklumat atau bantuan jika diperlukan.

16. PENYELARASAN TUGAS DI PUSAT RONDAAN

16.1. Penyelarasan tugas di Pusat Rondaan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.
16.2. Jawatankausa Skim bertanggungjawab melantik tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan pada satu-satu masa sebagai Penyelia di pusat Rondaan sewaktu rondaan sedang dilaksanakan.
16.3. Jawatankausa Skim bertanggungjawab bagi menentukan waktu bertugas ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan sebagai Penyelia Pusat Rondaan mengikut roster rondaan yang telah ditetapkan.
16.4. Jawatankuasa Skim hendaklah melantik salah seorang Penyelia Pusat Rondaan sebagai Ketua Penyelia Pusat Rondaan.

17. TUGAS PENYELIA PUSAT RONDAAN

17.1. Penyeliaan Pusat Rondaan hendaklah tiba di Pusat Rondaan satu (1) jam lebih awal sebelum syif rondaan bermula.
17.2. Penyelia Pusat Rondaan hendaklah mempastikan semua peralatan termasuk buku catatan bagi kegunaan rondaan telah disediakan oleh Jawatankausa Skim.

18. PERHUBUNGAN DENGAN ORANG RAMAI

18.1. Mempastikan Ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang bertugas di Pusat Rondaan atau yang menjalankan rondaan sentiasa menjaga disiplin, sopan dan santun serta berbudi bahasa dan pekerti yang tinggi mutunya sewaktu berurusan dengan orang ramai.

19. KERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS

19.1. Pihak polis hendaklah dimaklumkan mengenai kewujudan Skim Rondaan Sukarela di Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
19.2. Satu salinan daftar Pemastautin Sukarelawan yang terlibat dengan Skim Rondaan Sukarela dan roster hendaklah diberikan kepada pihak polis.
19.3. Semua pihak termasuk Jawatankausa Skim, Ahli Jawatankausa Skim dan Pemastautin Sukarelawan hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung dengan sebarang maklumat mengenai Skim Rondaan Sukarela.
19.4. Pihak polis hendaklah juga dijemput untuk bersama-sama meronda bersama Pemastautin Sukarelawan.
19.5. Sebarang kejadian atau laporan yang mencurigakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis sama ada oleh Jawatankuasa Skim Rondaan Ahli Jawatankuasa Skim dan Pemastautin Sukarelawan.

20. MENERIMA ADUAN ORANG RAMAI DI PUSAT RONDAAN

20.1. Apabila menerima aduan daripada orang ramai, tindakan yang perlu diambil oleh ahli Jawatankuasa Skim adalah:
20.1.1. Menerima dan membuat catatan di dalam buku catatan.
20.1.2. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Skim dengan kadar segera.
20.1.3. Menerima arahan daripada Jawatankuasa Skim untuk tindakan selanjutnya.
20.1.4. Merujuk kepada Balai Polis yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya.
20.1.5. Merujuk kepada Pengarah Rukun Tetangga untuk tindan selanjutnya.

21. KERJASAMA DENGAN LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN

21.1. Skim Rondaan Sukarela juga berharap untuk mendapatkan kerjasama dengan lain-lain Agensi Kerajaan seperti RELA, JAKIM, MAJLIS PERBANDARAN, PEJABAT, pejabat daerah serta lain-lain Agensi Penguatkuasaan undang-undang dalam manjayakan Skim ini.
21.2. Sebarang bentuk kerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan boleh dibincangkan bersama dengan Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim di mana Skim Rondaan Sukarela dilaksanakan.

SKIM RONDAAN SUKARELA(SRS)

RUKUN TETANGGA DAN PELEPASAN WAKTU BEKERJA BAGI KAKITANGAN AWAM

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka sebagai langkah pencegahan jenayah dan gejala sosial.

Bagaimanapun, terdapat kesulitan berkaitan kawalan rondaan di waktu malam sedangkan peronda bertugas perlu bekerja keesokan harinya.

JPA telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2008 bertarikh 17 Disember, 2008 memberi pelepasan waktu bekerja kepada pegawai perkhidmatan awam yang menjalankan di bawah skim rondaan sukarela kawasan Rukun Tetangga. Pekeliling ini berkuatkuasa 1 Januari, 2009.

Usaha murni kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat ke arah mengurangkan bebanan pihak berkuasa keselamatan amat dipuji, namun nampaknya terdapat beberapa masalah birokrasi timbul. Berdasarkan arahan pekeliling tersebut, beberapa dokumen perlu disediakan kepada Ketua Jabatan untuk urusan pelepasan waktu bekerja. Antaranya:

Surat pengesahan sebagai ahli Rukun Tetangga setempat dan terlibat dalam Skim Rondaan Setempat, jika diminta.
Borang Lampiran A sebagai permohonan pelepasan waktu bekerja dilengkapkan untuk kelulusan. Dokumen sokongan diperlukan iaitu jadual rondaan yang disahkan oleh JK Rukun Tetangga setempat.
Surat pengesahan dari JK Rukun Tetangga bahawa rondaan telah dijalankan pada masa ditetapkan.
PakTeh rasa kemungkinan timbul beberapa isu di peringkat perancangan dan perlaksanaan di kebanyakan kawasan kejiranan di negara ini:
JK Rukun Tetangga tidak ditubuhkan, tidak berfungsi atau tidak aktif. Ada yang tiada bilik gerakan, barisan AJK terkini di samping tiada publisiti setempat.
Kuasa pertimbangan & kelulusan oleh Ketua jabatan adalah atas kepentingan perkhidmatan pegawai, walaupun untuk perkhidmatan berdasarkan shif. Maknanya, mungkin belum tentu diluluskan.
Setiausaha JK Rukun Tetangga kena rajin taip semula jadual bertugas dan Pengerusinya kena rajin tandatangan. Tentu perubahan banyak berlaku jika waktu / hari bertugas tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan pegawai berkenaan.
Pelepasan hanya pada waktu pagi hari itu sahaja, tidak boleh bawa ke petang. Minimum 4 jam mengikut waktu sebenar bertugas. Sedangkan waktu pagi paling produktif .
Pekeliling dan pelepasan ini hanya untuk kakitangan awam. Bagaimana dengan pihak swasta? Mahukah majikan beri pelepasan sebegitu juga? Jika mereka tidak beri, bukankah pekerja swasta lebih ramai di Malaysia berbanding kakitangan awam.. Siapa jaga siapa atau kita sama-sama jaga dalam satu kejiranan ?
Kemampuan kawalan rondaan selepas 12 tengahmalam mungkin lebih sesuai untuk lelaki. Wanita ? Kita faham.. tetapi dengarnya, hampir separuh kakitangan awam adalah wanita.
Atau adakah lebih baik jika pihak polis perlu ditambah bilangannya? :)
Jangan lupa, rondaan kawalan adalah sukarela, tanpa sebarang elaun dinyatakan. Cuma pelepasan waktu bekerja yang belum tentu diluluskan akibat kepentingan tugas atau dokumentasi.
Jangan hingga orang kata, lebih baik kita pergi kerja macam biasa. Urusan kerja tentu selesai, tanpa kerenah. Waktu malam, kunci rumah masing-masing. Ada masalah call polis. Macam biasa..
Sekadar satu pandangan..

Notis Mesyuarat Khas KRT Taman Sri Saujana

Tarikh : 7hb Okt 2009
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Restoran Baser, Taman Sri Saujana, Kota Tinggi
Kehadiran Ahli : Seramai 20 orang
Turut Hadir : En Rahmat Bin Maulud(Peg. Perpaduan Daerah Kota Tinggi) bersama 2 orang staff.

Notis Mesyuarat Khas AJK KRT Tertinggi

Tarikh : 12hb Okt 2009
Hari : Isnin
Tempat : Restoran Adanan, Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor.

AJK KRT Taman Sri Saujana Zon 6

Pengerusi
En Mohd Nizam Bin Mohd Ajis

N/Pengerusi
En Fadil Bin Khamis

Setiausaha
En Salleh Bin Ismail

P/Setiausaha
En Md Noh Bin Hj Rahman

Bendahari
En Mohd Nizam Bin Ali Basah

Ahli Jawatankuasa Kecil Biro-biro
En. Alias Bin Kadir
En. Syed Faizal Bin Syed Omar
En. Nasaruddin Bin Ali Basah
En. Mostoredin
En. Helmi Iskandar Bin Abd Rashid
En. Lazim Bin Amat Tamyes
En. Rosli
En. Romzi Bin Ismail
En. Aris
Pn. Ainon Bin Rahman
Pn. Ellis Erwana Bte Salman
Pn. Sabariah Binti Mohamad

Ucapan Penghargaan

1. Kami penduduk Sri Saujana Fasa 6 mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YB Datuk Dr Adham Bin Baba(ADUN Pasir Raja) kerana sudi hadir dalam majlis suai kenal penduduk Fasa 6 dan jutaan terima kasih kerana memberi sumbangan PA System.

2. Kami juga mengucapkan terima kasih pada YB Datuk kerana ingin membantu kami dalam usaha mendapatkan sebuah surau bagi kemudahan penduduk .